20 September 2011

Koleksi Terbaru



No 1




No 2


Sulaman corak diamond emas dan perak



Sulaman benang emas dan perak


No 3




Sulaman Benang Merah dan Biru



Jangan segan nak tanya harga kalau berkenan

16 May 2011

Penghabisan STOK

Tawaran Istimewa untuk pelanggan Kupiah Putih Bukit Mertajam

Harga termasuk duit penghantaran.

Berminat sila email atau sms saya.


Saiz dan design yang berikut sahaja.

No 1
Saiz : 23
RM 100




No 2
Saiz : 23
RM 100



No 3
Saiz : 23
RM 100





No 4
Saiz : 23
RM 100




No 5
Saiz : 23
RM 100





02 May 2011

Amy search pun tempah Kupiah Putih

sekadar hiasan (gambar:google)

Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih juga dikenali sebagai amy search membuat kejutan kepada kami di Kupiah Putih Bukit Mertajam apabila beliau dan keluarga datang ke kilang bulan lalu. Pada mulanya seorang kawan telefon dan mengatakan hasrat amy untuk datang, kami pun tak pasti amy mana. Sebagai selalu kami mengalu-alukan kedatangan pelanggan, bila dah sampai rupa-rupanya amy search.

Antara pesanan Kupiah yang Amy buat :


Kupiah Warna Maroon


Kupiah Warna Coklat


Kupiah Warna Merah

sempat lagi bergambar buat kenang-kenangan:


Amy dengan Haji Abd Patah

Senget la plak


Akhirnya giliran saya :)

16 April 2011

Orang-orang tua dulu buat Kupiah Putih


Inilah antara alat-alatan yang digunakan pada masa dahulu membuat kupiah putih, walaubagaimanapun kupiah yang berkualiti tetap dapat dihasilkan.


Mesin jahit yang digunakan hanyalah mesin singer yang kayuh tangan saja.

Ini bahagian depan mesin.

Gunting pula hanyalah gunting besi.






Bila difikirkan susah orang-orang dulu cari rezeki tetapi produk yang dihasilkan tetap berkualiti dan sampai hari ini masih lagi digunakan.

13 April 2011

19 March 2011

Dasar kualiti bukan kuantiti.


Adakah anda tertanya-tanya kenapa kupiah putih bukit mertajam susah didapati dipasaran. Mahupun anda mencari ditempat-tempat yang terkenal seperti Pekan rabu, kompleks-kompleks yang menjual pelbagai barangan tempatan, kedai barangan haji tetapi kupiah ini masih susah didapati. Apa sebenarnya yang menjadi batu penghalang dari pengeluar kupiah ini didekati para pengguna dan pembeli. Selain itu, adakah anda tertanya mengapa kupiah ini lebih mahal berbanding kupiah lain yang terdapat dipasaran.

Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana pengeluar kupiah putih bukit mertajam memandang kepada dasar kualiti bukan kuantiti. Berpandangan atas dasar inilah pengeluaran kupiah beroperasi selama ini dan dasar ini sudah menjadi tunggak selama kupiah ini dikeluarkan dan ia merupakan keutamaan pengeluar selama ini. Bertepatan dengan pesan Allahyarham Haji Mohd Idris b. Haji Yasin pencipta kupiah putih bukit mertajam : “KITA BUAT UNTUK KEPUASAN PEMAKAINYA, BUKAN KUANTITINYA TAPI KUALITINYA”. Perincian kualiti yang amat dititik beratkan oleh pengeluar merupakan kekuatan kepada utuhnya kupiah putih bukit mertajam walaupun persaingan yang timbul baharu ini.

Kualiti kupiah ini bermula dari pemilihan benang, fabrik, dan corak semuanya melalui proses yang amat panjang, rumit dan terperinci sebelum diperkenalkan kepada para pelanggan. Setiap peringkat pengeluaran perlu melalui QC. (quality control) yang bertanggungjawab ke atas produk yang dikeluarkan demi memastikan tahap kualiti yang terjamin seterusnya dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.

Perumpamaan melayu yang sering kita dengar “alah membeli menang memakai” begitulah keadaannya harga kupiah ini yang lebih mahal berbanding kupiah lain yang terdapat dipasaran. Perumpamaan ini memberikan gambaran jelas sekiranya kita beralah semasa kita membeli sudah pasti kita akan berasa puas hati semasa memakai kerana itulah jaminan pengeluar. Walaubagaimanapun, kualiti yang terjamin pasti akan mendatangkan permintaan tinggi maka daripada titik inilah datangnya kuantiti.

Naseer Patah

02 March 2011

kupiahputihbukitmertajam: Tokoh - tokoh

kupiahputihbukitmertajam: Tokoh - tokoh: "Almarhum Ustaz Fadhil NoorAl-fadhil Ustaz Nasharudin Mat IsaAl-fadhil Ustaz Idris Ahmad"

Logo rasmi kupiah putih bukit mertajam



Kupiah putih bukit mertajam mempunyai beberapa logo rasmi untuk produknya tetapi logo diatas ini merupakan logo utama dan yang telah didaftarkan di Kementerian Perdagangan Malaysia dibawah "TRADE MARKS ACT 1976" dengan nombor pendaftaran : 98012786.


Kupiah putih bukit mertajam telah menggunakan logo ini sejak tahun penciptaannya iaitu 1936 dan jika diteliti logo ini membawa maksud ciri-ciri ketahanan dan kekuatan. Ciri-ciri ini dapat dilihat melalui dua perisai dan dua mata tombak yang terdapat didalam logo ini.


Berikut merupakan salinan daripada sijil trade mark yang telah didaftarkan :





28 February 2011

kupiahputihbukitmertajam: Produk

kupiahputihbukitmertajam: Produk: "Produk utama yang dikeluarkan hanyalah tertumpu kepada kupiah, ianya merupakan pakaian orang melayu lelaki dalam menunaikan ibadah solat ..."

kupiahputihbukitmertajam: Sejarah

kupiahputihbukitmertajam: Sejarah: "KUPIAH HAJI MOHD IDRIS PENGENALAN : KUPIAH BUKIT MERTAJAM juga dikenali sebagai KUPIAH HAJI MOHD IDRIS dan hari ini disebut KUPIAH APATAH"

Followers