Produk

Produk utama yang dikeluarkan hanyalah tertumpu kepada kupiah, ianya merupakan pakaian orang melayu lelaki dalam menunaikan ibadah solat mahupun seharian. Kupiah yang dikeluarkan ini tidak kecut, tidak mudah rosak, berkualiti tinggi dan dijamin sedap dipakai. Terdiri daripada 2 jenis iaitu biasa (standard) dan tebal (eksklusif) turut disediakan pelbagai warna tetapi warna putih sudah menjadi warna tradisi dan pilihan. Saiznya pula dilabel dalam ukuran inci dan kebiasaanya bermula dari saiz 20 inci dan menaik ¼ inci sehingga 23 inci. Kupiah ini mempunyai sulaman logo dikanan dan kiri, didalamnya dijait kemas kain yang lembut dan gebu untuk keselesaan 100 peratus pengguna. Produk tempahan khas turut diterima, selalunya tempahan-tempahan ini berlainan dari segi campuran warna, warna logo, tekstur produk serta tambahan lain. Tempahan yang lazim diterima ialah warna logo emas. Kupiah bercirikan tarbus arab turut dikeluarkan. Berlainan fabrik dan bahan daripada songkok hitam, kupiah ini boleh dibasuh, dicuci dan dilipat untuk keselesaan para pengguna.


Putih Nila Biasa

Putih Nila Tebal


Hitam Tebal


Putih Warna


Putih Nila istimewa


Buat tempahan sekarang !!!

Followers